Sejak ditubuhkan pada 16 hb Julai, 1996, NURI CERGAS SDN. BHD. (NCSB), telah menyempurnakan projek-projek dengan jayanya didalam bidang kerja-kerja Kejuruteraan Awam yang dianggarkan berjumlah lebih dari RM 370 Juta.

NURI CERGAS SDN BHD (NCSB) hari ini telah berubah dari sebuah syarikat yang kecil dan berdaya maju menjadi sebuah Syarikat bertaraf Bumiputra Kelas ‘A’ yang kukuh, mempunyai pengurusan yang mantap, dan sanggup menghadapi suasana yang makin mencabar. Oleh itu NCSB akan menyumbangkan kepakarannya didalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.

Kakitangan teknikal kami dari berbagai latarbelakang profesional yang inovatif dan berpengalaman, adalah aset yang sangat berharga kepada syarikat, sangat aktif didalam menyediakan kertas kerja Projek ‘Design and Build’ atau ‘Turnkey’. Dengan ini usaha kami adalah selari dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk menjana ekonomi melalui penglibatan aktif sektor swasta.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi NCSB, ingin merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi di dalam menjayakan usaha murni ini.

Yang benar,

SHAMSUDDIN BIN HAJI TAHIR B.K.M., P.J.K.
Pengerusi



 
 
  Hak Cipta Terpelihara @ Nuri Cergas Sdn Bhd